TAKLIMAT PENGURUSAN PRASEKOLAH BAGI PEMBANTU PENGURSAN MURID

Baru baru ini, Unit Pendidikan Awal Kanak-Kanak dan Prasekolah, JPN Pulau Pinang telah mengadakan taklimat untuk Pembantu Pengurusan Murid bagi negeri Pulau Pinang di The Regency Darulaman Golf And Country Resort, Jitra Kedah pada 20 - 22 September 2011.  Taklimat ini khusus untuk menyampaikan maklumat kepada pembantu bagi melaksanakan tugas dan tanggungjawab setiap hari di tempat bertugas.





Posted on 9:08 PTG by PRASEKOLAH JPNPP and filed under , | 0 Comments »

PERMOHONAN PERTUKARAN GURU

Permohonan Pertukaran Guru kini dibuka secara online di website e-GTukar.  Permohanan dibuka dari tarikh 01 September 2011 hingga 30 September 2011.  Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing.

Posted on 10:00 PTG by PRASEKOLAH JPNPP and filed under | 0 Comments »

PENDAFTARAN MURID PRASEKOLAH BAGI TAHUN 2012

Pendaftaran Murid Prasekolah Bagi Tahun 2012 yang berumur 4+ keatas akan dibuka pada 01 Ogos hingga 31 Ogos 2011 disekolah yang membuka prasekolah di Pulau Pinang.  Pendaftaran terhad mengikut syarat-syarat yang ditetapkan.  Tarikh serahan surat pengesahan prasekolah dan penempatan murid prasekolah tahun 2012 mulai 26 September hingga 21 Oktober 2011

Sila bawa maklumat semasa pendaftaran seperti berikut:
1.  Salinan Sijil Lahir
2.  Salinan Sijil Nikah
3.  Salinan Kad Pengenalan Ibu dan Bapa atau Penjaga
4.  Salinan Bil Elektrik/Air

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Jabatan Pelajaran Pulau Pinang, Unit Prasekolah ditalian 04-6521006/1007/1009.


Jangan lupa mendaftar anak anda..
Posted on 12:12 PG by PRASEKOLAH JPNPP and filed under | 0 Comments »

SELAMAT DATANG

Assalamualaikum dan salam sejahtera serta salam 1 Malayisa kepada pengunjung blog ini...  Pertama kali Admin  mengucapkan SELAMAT DATANG kepada semua..  Tujuan blog ini dibuat untuk para pelanggan mengetahui maklumat serta pengetahuan mengenai Unit Pengurusan Prasekolah..  Untuk mengetahui maklumat lanjut sila layari blog ini..  Blog ini sentiasa akan di UP DATE dan di UP GRADE..


SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT
PRASEKOLAH 2P BLOGSPOT
 
http://prasekolah2p.blogspot.com
  

Posted on 11:36 PTG by PRASEKOLAH JPNPP and filed under | 0 Comments »